Seperti mana kebanyakan perpustakaan lain, Pusat Ilmu MARDI turut menyediakan beberapa perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan kepada pengguna. Kebanyakan pengguna masih tidak tahu apakah perkhidmatan yang bermanfaat yang mereka boleh gunakan, Setakat ini, mentaliti pengguna di luar hanya menganngap perpustakaan hanyalah sebagai tempat membaca, meminjam dan memulangkan buku. Sebenarnya, masih banyak lagi perkhidmatan yang disediakan Pusat Ilmu MARDI untuk kemudahan pengguna, lebih-lebih lagi kepada penyelidik-penyelidik yang mahu menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Mari kita sama-sama memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan ini!
1) AKSES OPAC
Pengguna boleh mengakses OPAC(Online Public Access Catalog) untuk mendapatkan bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan. Beberapa terminal OPAC disediakan untuk tujuan tersebut.
2)AKSES PANGKALAN DATA ATAS TALIAN
Pengguna boleh mengakses pangkalan data berkaitan pertanian sama ada melalui PC masing-masing atau datang ke Perpustakaan. Pengaksesan data atas talian adalah untuk tajuk-tajuk jurnal secara full text, maklumat abstract dan CD-Rom.
Buat masa ini perpustakaan melanggan beberapa pangkalan data seperti berikut:
Buat masa ini perpustakaan melanggan beberapa pangkalan data seperti berikut:
- ScienceDirect
- CAB Abstract
- CAB e-Journals
- KnovelLibrary(e-book)
- PlantPhysiology
- Plant Cell
- International Journal of Technology Management (IJTM)
- Online Digital News Paper
4)BILIK KAREL DAN E-LIBRARY
Terdapat 5 buah bilik karel di tingkat satu perpustakaan dan sebuah bilik E-Library di tingkat bawah Perpustakaan. Ia disediakan untuk kegunaan pengguna-pengguna Perpustakaan. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat di kaunter Perpustakaan (samb: 7146). Fungsi bilik karel dan E-Library adalah untuk kemudahan kepada pengguna yang memerlukan keselesaan dari diganggu oleh bunyi bising dan sebagainya, terutama dalam penyediaan kertas kerja dalam penyelidikan.
5)PERKHIDMATAN PENCARIAN MAKLUMAT
- Perkhidmatan ini terbuka kepada semua ahli berdaftar Perpustakaan MARDI.
- Permohon perlu mengisi Borang Permohonan Bahan/Maklumat dalam dua salinan dan majukan kepada Pegawai di Perkhidmatan Pembaca.
- Pencarian ini terbuka kepada pencarian bahan ataupun pencarian maklumat melalui CD-Rom.
- Perkhidmatan ini dapat membantu para penyelidik khususnya dalam proses pengumpulan maklumat bagi sesuatu penyelidikan atau penulisan.
- Perkhidmatan ini adalah terbuka kepada semua pengguna yang berdaftar.
- Kadar yang dikenakan ialah RM0.10 sehelai.
No comments:
Post a Comment